//bunga dns !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Story Owner Credit Closing

Ijtahid wala taksal


KATA HIKMAH














Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: IFFAH NUR DINI
Others:   


IBNU SINA

Ibnu Sina / Aviciena


BIODATA
Nama         :  Abu Ali Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina
Gelaran      :  AVICENNA
Keturunan  :  Turki
T/Lahir       :  370H/980M di Turki.
M/Dunia     :  438H /1037M
Umur          :  58 tahun

KETOKOHAN
- Ahli Falsafah Islam
- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak 760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.
- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.
- Pakar dalam bidang Anatomi.
 
PENDIDIKAN
- mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada keluarganya.
- Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan Astronomi.
- Hafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun
- Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada Ibnu Yahya.
- Menghasilkan ‘mutiara’ dalam bidang perubatan iaitu QANUN FI AT-TIB ketika berusia 18 tahun.

SUMBANGAN
- Beliau meninggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam bidang perubatan, falsafah, mantiq, fizik dsb.
- Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi   hinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris .
- Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor.
- Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur ialah :
                        a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam
                            tabie
                        b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan.


Berikut ini adalah daftar buku-buku yang dihasilkan oleh Ibnu Sina :

       Al-Qanun (Aturan) 10 jilid
       Al-Syifa’ (Penyembuhan atau Pengobatan) 8 jilid
       Al-Isyarat (Petunjuk) 1 jilid
       AL-Majmu’ (Himpunan) 1 jilid
       Al-Biir wa a-l Itsm (Perbuatan baik dan dosa) 2 jilid
       Al-Arshad al-Kulliyyat (Petunjuk Lengkap) 1 jilid
       Al-Hashil wa Al-Mahshul (pokok-pokok) 2 jilid
       An-Najad (pembebasan) 3 jilid
       Al-Inshaf (keputusan) 20 jilid
      Al-Hidayat (petunjuk) 1 jilid
Dan masih banyak lagi karyanya yang tak cukup dituliskan disini.



Hari-Hari Terakhir Ibnu Sina: Pada hari-hari terakhirnya, Ibnu Sina mandi, bermunajat mendekatkan diri pada Alloh, menyumbangkan hartanya untuk fakir-miskin, membela orang-orang yang tertindas, menolong orang yang lemah, memerdekakan budak, dan tekun membaca Al-Qur’an, saking tekunnya beliau bisa menamatkannya tiap tiga hari sekali.

Semua itu terus ia lakukan hingga ajal menjemput. Beliau wafat di Hamadzan pada hari jum’at di bulan Ramadhan 428 H dalam usia 58 tahun. Jenazahnya dimakamkan di kota tersebut dan hingga sekarang masih ramai dikunjungi orang dari berbagai penjuru dunia.
Sungguh besar jasa Ibnu Sina bagi umat manusia. Semoga Alloh SWT menerima amalnya dan mendapat balasan yang terbaik di sisi-Nya. Amin.Wassalamualaikum Wr Wb.
VIDEO UNTUK LEBIH MUDAH DITONTON :)