TAMADUN AWAL ISLAM
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Arab Jahiliah
Penduduk Arab sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan
dan agama. Agama yang dianut terdiri daripada agama samawi, iaitu Kristian dan
Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim
(a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti
menyembah berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan
Jahiliah.Perkataan "Jahiliah" dari segi etimologinya berasal daripada
kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak
berilmu pengetahuan. Dari segi terminologinya, jahiliah merujuk kepada
kejahilan masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan
kerana dalam bidang-bidang lainmereka telah pun maju seperti pemiagaan, binaan,
kesusasteraan pertanian dan sastera.
Tamadun manusia yang tertua di dunia dapat dikesan dan ia
lahir di lembahTigris-Euphrates, Iraq kira-kira 5000 tahun yang silam. Selain
tamadun Islam,tidak dapat dipastikan titik permulaan dan peralihan sesuatu
tamadun secara tepat malah tidak jelas asal-usulnya. Tamadun Islam, bermula
apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad
s.a.w daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan
tahun 610 Masehi, ketika baginda berusia 40 tahun. Ketika baginda dilahirkan,
Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka dalam sejarah, iaitu
tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, tamadun Iran (Parsi) di sebelah
timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan tamadun Aramaik-Hebrew dan Aryan
di sebelah barat laut. Perkembangan tamadun Islam di dunia Arab boleh
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman Rasulullah dan al-Khulafa
al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani
Abbasiyah (750 M - 1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani
Uthmaniah (1261 M -1924 M). Kekuatan pengaruh tamadun Islam turut menyumbang ke
arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan seterusnya perluasannya hingga ke
Kepulauan Melayu.

Zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat
Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.)
merupakan zaman model tamadun Islam. Pada prinsipnya tamadun Islam selepas
zaman awal Islamdicorakkan berdasarkan zaman model ini.Nabi Muhammad S.A.W.
lahir pada 12 Rabi' al-Awwal tahun Gajah, bersamaan20 April tahun 571 Masehi
dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan
baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan masyarakat pada
ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6Ogos tahun 610 Masehi baginda mendapat
wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t., sekali gus rasmilah pelantikan
Baginda sebagai Rasul Allah.
Selama 13 tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di
Makkah yangbertemakan tauhid, iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang
segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. Pada tahun 622 Masehi baginda
diperintahkan supaya berhijrah ke Yathrib kerana menghadapi tentangan yang
hebat dari segi fizikal dan kejiwaan daripada orang kafir Quraisy. Mulai dari
penghijrahan ini Yathrib dikenali sebagai Madinah al-Nabi (bandar nabi). Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah
secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2. Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara
Islam.
Bagi melaksanakan usaha-usaha ini:
a - Beberapa perjanjian telah diadakan
1. Perjanjian
Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan mensyirikkan Allah
s.w.t, mencuri, berzina, membunuh anak
dan menolak perbuatan baik)
2. Perjanjian
Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)
b - Meletakkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam iaitu
pembentukan Piagam Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang
menekankan konsep taqwa dan kesatuan.
Setelah Rasulullah S.A.W. wafat pada tahun 632 Masehi bermulalah
kerajaanyang dipimpin oleh Sahabat-sahabat Nabi yang dikenali sebagai
al-Khulafa' al-Rashidin. Zaman ini diwakili oleh empat orang Khalifah, iaitu:
1. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi (r.a)
2. Khalifah 'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi (r.a)
3. Khalifah 'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi (r.a)
4. Khalifah 'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi (k.w)
Zaman ini menyaksikan keempat-empat Khalifah (r.a.)
meneruskan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah dan meletakkan
al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai rujukan dan asas dalam menjalankan
pemerintahan.
Pada masa pemerintahan Abu Bakr al-Siddiq, beliau telah
berjaya mewujudkan keamanan dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar
zakat dan mereka yang mendakwa diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan
Rasulullah.
Pada masa pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab (r.a.) dengan
kekuatan tentera yang dimiliki, wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan
Mesir dan berjaya menundukkan pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan
pemerintahan Farsi di Iraq. Pada masa pemerintah 'Uthman ibn al-'Affan (r.a.)
pula kerajaan Islam terus berkembang luas sehingga ke Afrika di bahagian barat
dan Turkistan di Timur. Antara usaha penting 'Uthman ibn 'Affan ialah pembukuan
al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang lengkap. Pada masa pemerintahan 'Ali ibn
Abi Talib(k.w.), ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.
VIDEO PEPERANGAN TAMADUN ISLAM
ULASAN:
Setelah membincangkan pelbagai perkara tentang Tamadun Islam
dan Tamadun China, saya telah dapat membuat satu kesimpulan. Secara
kesimpulannya, Setiap tarnadun yang pemah wujud mempunyai keistimewaan dan
ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.
Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu
sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh
tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun
sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan
yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah
melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.