//bunga dns !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Story Owner Credit Closing

Ijtahid wala taksal


KATA HIKMAH














Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: IFFAH NUR DINI
Others:   


TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA

Teori-teori kedatangan islam datang melalui India, China, ataupun terus dari Arab atau Parsi.


1 .      Teori dari India
Sarjana-sarjana tidak sependapat tentang dari kawasan manakah India tersebut sebagai tempat asalnya Islam di rantau ini. Kebanyakan hujah-hujah untuk menegakkan teori ini hanya mengemukakan abad ke-13M sebagai tarikh bermulanya Isam  Nusantara, walhalnya proses islamisasi sudah pun berjalan sejak abad pertama Hijrah lagi.

2 .      Teori dari China
Penemuan Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1386 (sebenarnya bertarikh 1303M) disamakan dengan batu nisan Champa Selatan. Menurut Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan, dalam cacatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225M) terdapat negeri islam yang disebut sebagai ‘Fo-lo-an’. Bagi Paul Wheatley, besar kemungkinan Fo-lo-an ini ialah Kuala Brang di Terengganu yang menjalankan perniadaan dendan orang Arab di samping Srivijaya. Dengan terjumpanya Batu Bersurat  (1303M) di Kuala Brang tersebut, nyatalah betapa pentingnya peranan Terengganu sebagai kawasan pengaruh Islam ketika itu.

3 .      Teori dari Arab/Parsi
Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini pun terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi, seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka masing-masing. Kandungan faham keagamaan yang dibawa oloh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India. Misalnya kedudukan dan cara penghuraian akidah-akidah pelbagai mazhab ilmu tasawuf, peribentuk tulisan jawi dan corak beberapa huruf-hurufnya, nama gelaran bagi hari-hari mingguan, cara melafazkan al-Quran dan lain-lain menyatakan ciri-ciri tegas bangsa Arab, bukan India, sebagai pembawa dan penyebar asli agama Islam di rantau ini.


Sumbangan Tamadun Islam

KEAGUNGAN sesebuah empayar atau bangsa banyak bergantung pada pencapaiannya dalam Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.

        Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk pelbagai bidang. Pencapaian ini, akhirnya menjadi sumbangan tamadun manusia kepada peradaban dunia yang kekal mempengaruhi perjalanan masyarakat dunia sejak dulu hingga kini.

Lihat bagaimana besarnya sumbangan tamadun dunia seperti Mesir, Mesopotamia (Babylon), Yunani, Rom, Parsi, China, India, Jepun, Eropah dan paling penting, tamadun Islam dengan keunggulannya berbanding tamadun lain yang pernah dibina dan dicatat dalam sejarah dunia.

       Bagi Malaysia, dalam usaha menyusun perancangan untuk melayakkan kita mencapai taraf masyarakat hadhari, 10 prinsip digariskan sebagai panduan mencapai matlamat itu. Antara prinsip paling asas adalah keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi; kemerdekaan jiwa daripada sebarang bentuk belenggu; penguasaan ilmu pengetahuan; keseimbangan pembangunan ekonomi, keutuhan akhlak serta budaya dan keampuhan sistem pertahanan.

        Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia.

     Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding.


KESAN TERHADAP KEMAJUAN



1    1)      Kemajuan dalam bidang ekonomi.

pembangunan ekonomi merupakan titik keperihatian ramai bijak pandai kerana pembangunan berkait rapat dengan soal pembaikan taraf hidup,factor-faktor ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia mempengaruhi pembangunan social secara langsung.

  Pembangunan ekonomi banyak membantu menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengannya seperti kemiskinan, keperluan asasi manusia seperti makanan mencukupi dan memenuhi zat yang diminum, keupayaan mendapat tempat pekerjaan demi menyara keluarga, dan lain-lain petunjuk social yang bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna telah dinikmati oleh glongan rakyat.

2     2)      Kemajuan dalam bidang politik.

Islam pada dasarnya memainkan peranan besar dalam politik Malaysia. Penglibatan Islam dalam politik di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa jangka masa. Era yang pertama pada zaman pasca kemerdekaan. Penglibatan Islam agak menonjol hanya kepada negeri-negeri yang mejoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan kedah. Ini kerana, pemikiran politik barat seperti ideology sosialisme dan liberalisme agak kuat mendominasi pentas politik arus perdana. Pada ketika era ini, politik islam hanya berjaya mendapat tempat dikalangan para penduduk luar bandar.

  Namun, kebangkitan islam yang benar-benar memberikan impak kepada pentas politik Malaysia hanya terjadi pasca revolusi Islam Iran pada awal tahun 20-an, dimana timbul pelbagai gerakan islam bukan sahaja parti politik, tetapi juga gerakan-gerakan dakwah seperti Al-Arqam dan Abim yang turut mendominasi pergerakan sosiopolitik Malaysia. Kesedaran islam pada era ini adalah begitu hebat dimana setiap gerakan islam mengambil inspirasi dari kejayaan revolusi Islam Iran.

3     3)      Kemajuan dalam bidang pentadbiran.

Dasar Penerapan Nilai-nilai islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia.

  Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengalaman nilai-nilai yang dapat dan diterima oleh semua rakyat adalah menjadi asa penting dalam usaha ke arah membentuk identity dan perpaduan. Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia.ini akan menyebabkan kesetian rakyat Malaysia serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan Negara dan bangsa sendiri.

4     4)      Kemajuan dalam pendidikan.

Pendididkan agama islam di Malaysia bermula sejak sekian lama dahulu. Menggunakan bahasa arab sabagai bahasa pengantar diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Pendidikan pada masa itu (tidak dijalankan secara formal dan sistematik dengan system silibus yang seragam). Silibus adalah berdasarkan Al-Quran,Sunnah dan hadith. Contoh system pendidikan agama di Malaysia ialah di rumah guru, system pondok, system madrasah dan dasar pelajaran kebangsaan. Seterusnya kategori sekolah di bahagiakan kepada dua peringkat iaitu peringkat sekolah dan peringkat tinggi.

SUMBER DISINI

CONTOH TAMADUN ISLAM DI TERENGGANU


ULASAN:
Secara kesimpulannya, Setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Perkara yang paling penting sekali, setiap tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan negara dan agama kita.