ZAMAN UTHMANIYYAH
SEJARAH KEJATUHAN TURKI UTHMANIYYAH
PENDAHULUAN
Sebelum Khilafah umat Islam bertukar kepada Khilafah
Uthmaniyah, umat Islam berada dibawah tampuk pemerintahan Khilafah Abbasiyah.
Kekhalifahan Abbasiyah adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad
(sekarang ibu kota Iraq).
Kekhalifahan ini berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam
sebagai pusat pengetahuan dengan menerjemahkan dan melanjutkan tradisi keilmuan
Yunani dan Parsi. Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani
Umayyah dan menundukan semua wilayahnya kecuali Andalusia.
Berkuasa mulai tahun 750 dan memindahkan ibukota dari
Damaskus ke Baghdad. Berkembang selama dua abad, tetapi berada diambang
kemusnahan apabila beberapa faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan
khilafah Abbasiyah.
Antara faktor kejatuhan Khilafah Abbasiyah adalah disebabkan
serangan tentera Tartar yang melumpuhkan pemerintahan Khilafah Abbasiyah di
Baghdad. Disebut oleh para ulama’, antara sebab penting kejatuhan Khilafah
Abbasiyah juga adalah disebabkan umat Islam pada ketika itu diserang dengan
pengaruh hiburan yang melampau yang diserap masuk oleh pihak musuh.
Disebut oleh Ibnu Kathir di dalam kitab beliau “Bidayah wan
Nihayah”, umat Islam diakhir pemerintahan Abbasiyah begitu teruk diserang
dengan hiburan yang melampau.
Sehinggakan suatu ketika sambutan hari raya, mereka lupa
untuk menunaikan solat hari raya kerana terlalu lalai dengan sambutan hari raya
tersebut. Itu diantara yang disebut oleh Ibnu Kathir yang menyebabkan kejatuhan
Khilafah Abbasiyah.
Sehinggakan pada tahun 565 H/1258 M, tentera Tartar yang
mempunyai kekuatan sekitar 200 ribu orang tiba di salah satu pintu Baghdad. Dan
Khilafah Abbasiyah jatuh ditangan tentera Tartar kerana mereka tidak mampu
untuk membendung kemaraan tentera Tartar.
PEMBINAAN KHILAFAH UTHMANIYAH
Kerajaan Turki Uthmaniah mula dibina selepas kejatuhan
Khilafah Abbasiah pada 1260 M. Banyak yang dicatatkan di dalam sejarah
berkenaan kegemilangan Khilafah Uthmaniyah
Antaranya ialah ketika tahun 1453M, iaitu ketika Sultan
Muhammad al-Fateh berjaya membebaskan kota Konstantinople setelah hampir
beratus-ratus tahun Umat Islam tidak berjaya membebaskan kota tersebut. Ketika
itulah disebut sebagai zaman kemuncak Khalifah Turki Uthmaniyah sehinggalah
berlaku beberapa perkara yang menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah.
PERANCANGAN MUSUH UNTUK GULINGKAN KHILAFAH UTHMANIYAH
Kerajaan Islam sering berhadapan dengan serangan-serangan,
terumanya serangan daripada tentera Salib. Akhirnya, setelah 730 tahun berlalu,
akhirnya tentera Salib menemui jalan buntu.
Apa yang tidak boleh dilupakan oleh mereka ialah pengalaman
pahit dan ngeri semasa berdepan dengan tentera Solehuddin al Ayyubi,
terutamanya peristiwa kekalahan teruk mereka dalam perang Hittin sehingga
Palestin berjaya ditawan kembali oleh Solehuddin al Ayyubi pada tahun 583
Hijrah. Bagaimanakah negara negara bersekutu Salibiyyah mengakhiri episode ini?
Adakah dendam kesumat mereka selama ini berbalas? Apakah kaedah terbaru
Freemasonry untuk menghancurkan Islam?
1. Antara rancangan mereka untuk menggulingkan Khilafah
Uthmaniyah antaranya ialah Freemasonry telah menubuhkan PemudaTurki pada tahun
1860 M, yang berfungsi kononnya membawa kebebasan kepada pemerintahan
berdemokrasi, yang bertujuan mengurangkan kuasa khalifah.
2. Mewujudkan Dewan
Menteri, pada zaman Khalifah Abd Majid I yang kebanyakannya dianggotai oleh
Freemasonry bagi menjadikan khalifah itu hanya pada jawatan semata-mata, bukan
pada kuasa dan fungsi
3. Menyebarkan agenda pembaratan Turki sehinggakan agenda ini
turut mendapat sokongan daripada Khalifah Abd Aziz, yang akhirnya digulingkan
oleh Freemasonry sendiri dan kemudiannya dibunuh oleh mereka.
4. Penubuhan Ittihad wat Taraqqi yang memainkan peranan penting
dalam mencetuskan pemberontakan tentera pada bulan Julai 1908M, bagi
menimbulkan huru hara di peringkat pemerintahan seterusnya menyebabkan Khalifah
Abd Hamid II digulingkan.
5. Pelantikan Kamal Attartuk sebagai Panglima Tentera yang
telah dijadikan sebagai peluang bagi Freemasonry untuk menggulingkan Sultan
Muhammad ke Enam. Kamal Attartuk berjaya meraih pengaruh daripada umat Islam
sendiri sehinggakan mereka melupakan peranan khalifah.
6. Merancang sebuah peperangan antara Kamal Attartuk dan
Tentera Yunani yang diakhiri dengan kemenangan Attartuk. Akhirnya beliau
dilihat sebagai hero, dan pengaruhnya banyak dibantu oleh media massa
Freemasonry sendiri.
7. Pada 28 Oktober 1922M, telah diadakan Muktamar Luzan yang
diakhiri dengan satu keputusan oleh Majlis Kebangsaan Turki,supaya Sultan
Muhammad ke Enam dipecat daripada jawatan Sultan dan sistem khalifah
dimansuhkan.
8. 3 Mac 1924, secara rasminya, Kamal Attartuk mengumumkan
penghapusan sistem khilafah, mahkamah syariah ditutup, pengasingan sistem
pemerintahan dan sebagainya.
Di sini juga saya sertakan beberapa gambar sebagai rujukan SIAPAKAH UTMANIAYYAH yang sebenar.(
SUMBER GAMBAR DISINI)
 |
1 |
 |
2 |
 |
3 |
 |
4
KESIMPULAN Perkembangan pendidkan dan ilmu pengetahuan Kerajaan Turki
pada zaman tersebut telah membawa kepada satu mekanisme moden yang telah banyak
mempengaruhi masyarakat hasil daripada proses yang lebih menjurus kepada sistem
Barat. Natijahnya, Turki pada akhirnya seolah-oleh disusupi oleh budaya
pengetahuan yang liberal dan pada saat inilah Kerajaan Turki Uthmaniyah sudah
mula goyah dari segi pemetintahan dan dianggap sebagai zaman yang akan menjadi
Turki sebagai sebuah kerajaan republik dan akhirnya berlakunya proses
pemusnahan institusi sistem khalifah di Turki.
|